assalamualaikum..
selepas kejohanan ragbi antara maktab semalam..banyak benda yang aku fikirkan di kepala..dan banyak juga benda yang aku mulai sedar..jd stalker..jd kawan..jd sahabat..jd macam-macam..bagi aku memang betul dunia ini ibarat roda yang sekejap di atas dan sekejap di bawah..setiap benda yang berlaku pasti akan ada pembalasannya..
mungkin hari ini kita akan merasa gembira dan esok bertukar sedih..seperti post aku yang lepas-lepas..setiap perasaan akan berlalu dalam diri kita..bagaimana kita mengendalikannya..dan apa pula kesannya terhadap diri kita..tidak mungkin setiap perasaan yang kita rasa adalah seperti yang kita jangka..semuanya di luar jangkaan kita..semuanya kuasa Allah S.W.T..
jika hari ini aku rasa sedih dan berputus asa..mungkin aku sahaja yang merasa..bagi aku sedih itu perkara biasa yang ada dalam diri aku..disebalik kesedihan yang aku alami pasti ada hikmah dan ketentuannya..sesungguhnya perancangan Yang Maha Besar itu lebih baik untuk diri aku..
dalam hati aku, aku telah tanam bahawa setiap pengorbanan, pertolongan yang aku telah buat tidak akan aku minta sebarang balasan..setiap senyuman dan gelak hilai gembira aku beri bagi orang sekeliling aku merasa senang dan gembira..walaupun jauh di sudut hatiku terdapat satu kesedihan dan kerisauan yang sangat tidak sanggup aku tanggung..setiap cinta dan sayang yang aku berikan tidak perlu dibalas..kerana cinta itu anugerah Allah seperti perasaan yang lain..cukuplah dengan menghargai apa yang kita dapat..setiap apa yang diberikan sama ada oleh manusia, haiwan atau apa sekali pun adalah dari Allah..hargailah ia..kegembiraan, kesedihan, wang ringgit, harta, cinta, sayang dan sebagainya..hargailah ia..kerana bukan semua orang bertuah seperti kamu..mendapat apa yang telah kamu dapati..
hati aku akan senang jika orang lain tidak susah kerana aku..aku tidak mahu orang lain merasa mereka perlu membalas setiap pengorbanan dan pertolongan aku..kerana mereka juga banyak berkorban dan menolong aku..
cukuplah MUHAMMAD AZFAN..membebel sampai kelaut di malam hari..assignment xbuat juga..
sekian..
Sunday, September 25, 2011
Saturday, September 24, 2011
.ICHIGO..
Sunday, September 4, 2011
.expected..
Assalamualaikum..
sekali-sekala aku bosan barulah blog yang menjadi mangsa keadaan..mungkin blog ni tempat mengisi masa yang tidak tahu ingin dibuang kemana..bila dah lama barulah ada idea-idea yang timbul dan tidak tahu ingin disampaikan dimana..hari ini aku ingin mengulas tentang idea yang tiba-tiba aku terfikirkannya..tajuk kita pada hari ini ialah :
seperti yang kita sedia maklum atau tidak sedia maklum, hidup kita ini hanyalah sementara sahaja..dalam hidup ini bermacam-macam perkara yang terjadi..sejak dari kita lahir, kemudian menjadi kanak-kanak yang yang riang, remaja, dewasa dan seterusnya..tidak semua perkara yang terjadi adalah seperti yang kita sangka..kadang-kadang perkara itu menggembirakan kita..kadang-kadang perkara itu membawa duka..
semua perkara yang terjadi itu mempunyai hikmah yang tersendiri..kita seharusnya menerima apa yang telah terjadi dan akan terjadi dengan tabah dan sabar..sememangnya kita merancang yang terbaik untuk hidup kita..tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita..setiap perancangan kita sebaiknya di doakan kepada Allah agar dimakbulkan..
ya..aku mengaku bahawa lidah cukup senang berkata-kata..jika perkara yang terjadi itu membawa duka kepada kita maka bersedihlah..sesungguhnya sedih itu adalah perasaan yang diciptakan oleh Allah Maha Pencipta..air mata juga diciptakan oleh-Nya..perasaan mungkin akan datang dan pergi begitu sahaja..tapi yang menjadi pertaruhan adalah kesannya terhadap diri kita..
sekian...

Subscribe to:
Posts (Atom)