Wednesday, November 9, 2011

.congratulation to her II..

assalamualaikum..


AMARAN :
POST INI MENGANDUNGI BAHAN-BAHAN BERUNSURKAN JIWANG. KANAK-KANAK, IBU MENGANDUNG DAN YANG TIDAK DAPAT MENERIMA JIWANG TIDAK DIBENARKAN MEMBACA
.



this special letter was dedicated for someone..




Dear Her,

"Hari ini barulah berkesempatan dan mempunyai kekuatan untuk menulis blog untuk kamu..di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan TAHNIAH yang tidak terhingga kepadamu kerana sudah berjaya grad dalam ijazah muda mu..sungguh tidak dapat aku katakan betapa gembiranya aku kerana kamu sudah habis dalam degree mu dan sekarang menyambung pelajaran untuk masters mu..walaupun aku tidak dapat pergi ke majlis graduasi yang cukup bermakna untukmu, tapi aku tumpang gembira di sini..setiap gambarmu ketika, sebelum dan selepas graduasi aku lihat dengan kegembiraan..tidak tergambar kegembiraanku ketika melihat senyuman yang terukir di dalam gambar-gambarmu..semoga kamu tahu aku gembira ketika kamu sedang bergembira..

Di kesempatan ini juga, ingin aku menyatakan sekali lagi bahawa aku cemburu dengan hidupmu..di usia yang muda 4 bulan dari aku, kamu sudah berjaya membuat ibu bapamu bangga dengan mu..di usia ini, kamu sudah berjaya menggenggam segulung ijazah..aku begitu cemburu dengan mu..dulu, pernah aku nyatakan di post yang lama bahawa aku cemburu dengan hidupmu..sekarang, sekali lagi aku cemburu dengan hidupmu..di usia yang akan menginjak 21 tahun dalam masa sebulan lebih lagi, kamu sudah menyambung untuk masters..sedangkan aku masih terkapai-kapai mencari benda yang ingin aku hadiahkan kepada ibu bapaku untuk menjadi kebanggaan mereka..cukuplah jika kamu bersyukur terhadap apa yang telah kamu capai..sedarlah wahai her, dirimu cukup berharga dan bertuah..

Her..hidupmu yang disinari berbagai cahaya sama ada dari keluargamu, sahabatmu, kawan-kawanmu, kamu cukup bertuah..seperti mana yang kamu sudah tahu ataupun tidak, ramai yang menyintaimu mahukan lelaki ataupun perempuan..diriku sendiri masih menyintaimu seperti dulu..walaupun aku tahu engkau sekarang dengan orang lain..tetapi aku masih tidak dapat menafikan cintaku terhadapmu..bukanlah niatku untuk mengganggu hubungan kamu berdua..tetapi aku hanya ingin kamu tahu di saat kamu kesedihan dan kesunyian, masih lagi terdapat seorang yang mencintaimu sepenuh hati di belakangmu yang sentiasa menyokongmu..sesungguhnya aku tidak mengharapkan balasan untuk cintaku ini..sudah cukup untukku jika kamu bahagia dan gembira dengan hidupmu..aku tidak sanggup untuk melihat kamu bersedih..andai kamu mempunyai masalah atau sebagainya, aku sentiasa bersedia untuk mendengar dan menolongmu sayang..hatiku masih berada denganmu..dan aku tahu andai jodohku denganmu, maka kamu akan kembali kepadaku..andai sebaliknya, biarlah aku menyimpan perasaan ini sendirian..

Sudah lewat malam, pelitaku pun sudah hampir padam(zaman jepun dulu ni)..yang terakhir..baby..semoga kamu sentiasa bahagia dan gembira di dunia dan akhirat..biar Allah menjaga dan melindungi kamu sentiasa dan dijauhi malapetaka dan musibah..amin..
Sekian, terima kasih.."




Yang benar,

PUNK..
_______






sekian.....