sesudah sekian lama blog ini berkulat dan bersawang, akhirnya dapat juga aku membersihkan sawang-sawang yang ada hari ini. tidak mahu mengulas panjang kerana sudah tiada idea untuk mengarang 3 4 page.
sekian lama mempertahankan mengukuhkan dan memperkasakan rasa cinta ini, akhirnya....
aku tidak tahu bagaimana lagi mahu meneruskannya. rasa seperti putus hancur lebur relai dan sebagainya. aku tidak menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya aku sendiri yang salah.
dah kalau kau nak kenapa tidak bersungguh menawan hati keluarganya. sekarang orang lain dah buat apa yang perlu kau buat. perasaan kalau disimpan akan basi. yup! cinta selepas kahwin. itu yang kau mahukan? sekarang mana kahwin mana cinta? cinta yang bertepuk sebelah tangan. sekarang kau tanggung sendiri.
tengok kawan baik kau ada yang bertunang ada yang kahwin, kau rasa apa? jelos, cemburu, nak jugak. then where are you right now? lost in a deep deep bottom of the sea. kembalilah kepada Allah. sesungguhnya Allah yang menetapkan segalanya. tiada makhluk lain yang mampu menahan takdir dari Allah S.W.T. jika jodoh dari Allah memang tidak akan ke mana. kita wajib mempercayai rukun iman yang terakhir iaitu :
PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR.
siapa kita untuk menentukan yang terbaik untuk kita. Allah Maha Mengetahui segala yang terjadi. jika benar dia jodoh untuk kamu maka jalannya akan Allah tunjukkan.
setiap waktu sedih kita, mengadulah kepada Allah. sesungguhnya Dia Maha Mendengar. untuk bercerita tentang jodoh, here i have some story yang mana diceritakan oleh kawanku. katanya ini cerita benar. kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan.
ceritanya bermula....
ada sepasang kekasih yang saling mencintai antara satu sama lain. lelaki yang mana sangat mencintai kekasihnya si perempuan. bila mereka sudah besar dan mempunyai perasaan ingin berumah tangga, maka ingin lah si lelaki ini menyunting bunga yang ditunggu-tunggu. tetapi hasrat di hatinya tidak kesampaian yang mana si perempuan perlu mengikut kehendak hati orang tuanya. maka berkahwinlah si perempuan dengan lelaki pilihan keluarganya. apabila berkahwin, haram bagi perempuan untuk mencintai lelaki lain selain dari suaminya. cerita ini bukanlah bagi si perempuan tadi. tapi cerita lelaki yang hasrat hatinya tidak kesampaian tadi.
kerana rasa cinta yang menebal di dalam hati lelaki tersebut, ramai wanita yang cuba memikat hatinya tetapi gagal. sehinggalah pada suatu hari lelaki ini mengambil keputusan untuk membuat sebuah rumah betul-betul di hadapan rumah si perempuan itu yang bahagia dengan suaminya. jadi setiap hari lelaki itu boleh melihat keadaan si perempuan. tetapi lelaki itu bergembira kerana dapat melihat si perempuan itu bahagia setiap hari. sebelum ke tempat kerja lelaki ini akan memanaskan enjin keretanya dan melihat ke arah rumah hadapan iaitu rumah si perempuan. disini dia akan tersenyum melihat si perempuan mencium anak-anaknya hasil bersama dengan suaminya. lelaki ini juga semakin lebar senyumannya melihat si perempuan mengucup tangan suaminya kerana lelaki ini membayangkan tempatnya di tempat suami perempuan itu.
begitulah setiap hari yang berlalu bagi lelaki ini. masa berlalu dengan pantasnya tanpa disedari oleh si lelaki yang sudah tua dan masih memegang kemas rasa cintanya untuk si perempuan itu. sehinggalah pada suatu hari berita disampaikan kepadanya suami si perempuan itu sudah meninggal dunia. dan si perempuan itu juga telah terlantar di hospital kerana sudah tua. dipendekkan cerita, lelaki ini ingin meneruskan hasrat hatinya untuk memperisterikan si perempuan. maka setelah sedia segala kelengkapan maka berlansunglah majlis akad nikah bagi menyatukan lelaki ini dengan si perempuan di hospital tempat perempuan itu terlantar.
setelah selesai akad nikah maka lelaki ini ingin melihat pengantin perempuannya. ketika melihat si perempuan, air matanya menitis dan mengeluarkan ayat yang sudah lama dipendam sejak berpuluh tahun menunggu masa yang belum pasti. sekarang masanya sudah pasti. ayat "I LOVE YOU" dilepaskan untuk si perempuan tadi. selang beberapa minit yang membahagiakan lelaki tersebut, si perempuan tadi menghembuskan nafasnya yang terakhir.
THE END.
begitulah jodoh yang ditakdirkan oleh Allah S.W.T. kepadanya. siapa sekalipun kita hanya hambanya yang mampu merancang tapi Allah Maha Perancang dan Dia yang menentukan.
sekian...