Friday, March 8, 2013

.hope you know..

assalamualaikum.

asyik2 cerita sedih je pasal aku. dah nak buat macam mana. ni blog aku. korang baca(ada ke yag baca?) sape suruh. blog ni aku tak akan delete sebab ni macam diari aku. nanti sampai bila2 aku boleh baca n korang boleh baca.

berbalik kepada tajuk yang aku tulis kat atas 2. hope you know.

sebenarnya aku ni bukanlah pemalu sangat. tapi bila aku tengok keadaan aku dan si dia sekarang macam kalau aku mesej or call dia, aku akan mengacau. so aku ambil keputusan biarlah Allah S.W.T. yang menentukan segalanya. perancangan Dia kan yang terbaik bagi hamba-Nya. bagi aku la, aku tak mahu dia merasa yang aku mahu memilikinya. sememangnya dalam hati aku begitu. tapi dengan perasaan yang aku ada ni, aku lebih gembira jika aku dapat melihat dia gembira n bahagia. aku selalu doakan dia. tidak perlulah aku beritahu dia. cukuplah hanya Allah yang tahu.

aku tahu yang dia ada memikirkanku. aku dapat rasakan perasaan itu. bukannya aku perasan sendiri tapi perasaan ini dah lama kot. perasaan aku tidak pernah berubah kepada dia. tidak sedikit pun dalam hati aku untuk marahkan dia. bak kata orang putih yang dimelayukan,

JIKA KAMU SAYANGKAN BUNGA ITU, JANGAN PETIK BUNGA ITU TAPI, BIARKAN DIA TUMBUH DENGAN SUBUR DAN MEKAR SEMAHU-MAHUNYA.

macam tu lah perasaan aku sekarang. kalau tengok diluar memang aku seorang yang tidak mempunyai tekanan perasaan lansung. dah memang ni cara aku. kita sedih ke kecewa ke ape ke, biarkan dalam diri kita sahaja. kalau dulu aku dapat melihat facebook dia, tapi kini dia dah deactivate kot facebook dia. aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuknya. biarlah Allah yang menjaga dia seelok-eloknya. itu yang aku mahu.

sedih, kecewa, hampa, itu semua perasaan sementara yang Allah berikan untuk menguji hamba-Nya. biarkan lah ia berlalu dan pasti Allah ada kejutan untuk diri kita. percayalah.
Kepada Allah kita bergantung dan kepada-Nya juga lah kita meminta-minta.



.di pondok kecil.


sekian......

No comments: