Wednesday, November 9, 2011

.congratulation to her II..

assalamualaikum..


AMARAN :
POST INI MENGANDUNGI BAHAN-BAHAN BERUNSURKAN JIWANG. KANAK-KANAK, IBU MENGANDUNG DAN YANG TIDAK DAPAT MENERIMA JIWANG TIDAK DIBENARKAN MEMBACA
.



this special letter was dedicated for someone..




Dear Her,

"Hari ini barulah berkesempatan dan mempunyai kekuatan untuk menulis blog untuk kamu..di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan TAHNIAH yang tidak terhingga kepadamu kerana sudah berjaya grad dalam ijazah muda mu..sungguh tidak dapat aku katakan betapa gembiranya aku kerana kamu sudah habis dalam degree mu dan sekarang menyambung pelajaran untuk masters mu..walaupun aku tidak dapat pergi ke majlis graduasi yang cukup bermakna untukmu, tapi aku tumpang gembira di sini..setiap gambarmu ketika, sebelum dan selepas graduasi aku lihat dengan kegembiraan..tidak tergambar kegembiraanku ketika melihat senyuman yang terukir di dalam gambar-gambarmu..semoga kamu tahu aku gembira ketika kamu sedang bergembira..

Di kesempatan ini juga, ingin aku menyatakan sekali lagi bahawa aku cemburu dengan hidupmu..di usia yang muda 4 bulan dari aku, kamu sudah berjaya membuat ibu bapamu bangga dengan mu..di usia ini, kamu sudah berjaya menggenggam segulung ijazah..aku begitu cemburu dengan mu..dulu, pernah aku nyatakan di post yang lama bahawa aku cemburu dengan hidupmu..sekarang, sekali lagi aku cemburu dengan hidupmu..di usia yang akan menginjak 21 tahun dalam masa sebulan lebih lagi, kamu sudah menyambung untuk masters..sedangkan aku masih terkapai-kapai mencari benda yang ingin aku hadiahkan kepada ibu bapaku untuk menjadi kebanggaan mereka..cukuplah jika kamu bersyukur terhadap apa yang telah kamu capai..sedarlah wahai her, dirimu cukup berharga dan bertuah..

Her..hidupmu yang disinari berbagai cahaya sama ada dari keluargamu, sahabatmu, kawan-kawanmu, kamu cukup bertuah..seperti mana yang kamu sudah tahu ataupun tidak, ramai yang menyintaimu mahukan lelaki ataupun perempuan..diriku sendiri masih menyintaimu seperti dulu..walaupun aku tahu engkau sekarang dengan orang lain..tetapi aku masih tidak dapat menafikan cintaku terhadapmu..bukanlah niatku untuk mengganggu hubungan kamu berdua..tetapi aku hanya ingin kamu tahu di saat kamu kesedihan dan kesunyian, masih lagi terdapat seorang yang mencintaimu sepenuh hati di belakangmu yang sentiasa menyokongmu..sesungguhnya aku tidak mengharapkan balasan untuk cintaku ini..sudah cukup untukku jika kamu bahagia dan gembira dengan hidupmu..aku tidak sanggup untuk melihat kamu bersedih..andai kamu mempunyai masalah atau sebagainya, aku sentiasa bersedia untuk mendengar dan menolongmu sayang..hatiku masih berada denganmu..dan aku tahu andai jodohku denganmu, maka kamu akan kembali kepadaku..andai sebaliknya, biarlah aku menyimpan perasaan ini sendirian..

Sudah lewat malam, pelitaku pun sudah hampir padam(zaman jepun dulu ni)..yang terakhir..baby..semoga kamu sentiasa bahagia dan gembira di dunia dan akhirat..biar Allah menjaga dan melindungi kamu sentiasa dan dijauhi malapetaka dan musibah..amin..
Sekian, terima kasih.."




Yang benar,

PUNK..
_______






sekian.....

Sunday, September 25, 2011

.life & time..

assalamualaikum..

selepas kejohanan ragbi antara maktab semalam..banyak benda yang aku fikirkan di kepala..dan banyak juga benda yang aku mulai sedar..jd stalker..jd kawan..jd sahabat..jd macam-macam..bagi aku memang betul dunia ini ibarat roda yang sekejap di atas dan sekejap di bawah..setiap benda yang berlaku pasti akan ada pembalasannya..

mungkin hari ini kita akan merasa gembira dan esok bertukar sedih..seperti post aku yang lepas-lepas..setiap perasaan akan berlalu dalam diri kita..bagaimana kita mengendalikannya..dan apa pula kesannya terhadap diri kita..tidak mungkin setiap perasaan yang kita rasa adalah seperti yang kita jangka..semuanya di luar jangkaan kita..semuanya kuasa Allah S.W.T..

jika hari ini aku rasa sedih dan berputus asa..mungkin aku sahaja yang merasa..bagi aku sedih itu perkara biasa yang ada dalam diri aku..disebalik kesedihan yang aku alami pasti ada hikmah dan ketentuannya..sesungguhnya perancangan Yang Maha Besar itu lebih baik untuk diri aku..

dalam hati aku, aku telah tanam bahawa setiap pengorbanan, pertolongan yang aku telah buat tidak akan aku minta sebarang balasan..setiap senyuman dan gelak hilai gembira aku beri bagi orang sekeliling aku merasa senang dan gembira..walaupun jauh di sudut hatiku terdapat satu kesedihan dan kerisauan yang sangat tidak sanggup aku tanggung..setiap cinta dan sayang yang aku berikan tidak perlu dibalas..kerana cinta itu anugerah Allah seperti perasaan yang lain..cukuplah dengan menghargai apa yang kita dapat..setiap apa yang diberikan sama ada oleh manusia, haiwan atau apa sekali pun adalah dari Allah..hargailah ia..kegembiraan, kesedihan, wang ringgit, harta, cinta, sayang dan sebagainya..hargailah ia..kerana bukan semua orang bertuah seperti kamu..mendapat apa yang telah kamu dapati..

hati aku akan senang jika orang lain tidak susah kerana aku..aku tidak mahu orang lain merasa mereka perlu membalas setiap pengorbanan dan pertolongan aku..kerana mereka juga banyak berkorban dan menolong aku..

cukuplah MUHAMMAD AZFAN..membebel sampai kelaut di malam hari..assignment xbuat juga..




.aku suka tengok gmbar ni.


sekian..

Saturday, September 24, 2011

.ICHIGO..

assalamualaikum..

post ni sebenarnya untuk mama seekor budak ini..semoga terubat rindu kepada anaknya..




NAMA : ICHIGO
UMUR : 7 BULAN
BANGSA : PARSI
NAMA PANGGILAN : CIGO




.masa untuk bermain.


.merenung masa depan.


.lepas mandi tido.


.agar cigo sihat n gemuk.


."what are you looking??".


.cara mengulit cigo..gosok perutnya.


.posing kegemaran.


."cigo pon rindu ma juga~".


untuk pengetahuan semua..cigo sekarang suka di dukung di atas bahu..tidak suka bersendirian..bila bermain dia macam 'tengok la ni..tengok la ni'..bagi aku..cigo adalah sesuatu yang we have but you don't..


sekian, terima kasih.

Sunday, September 4, 2011

.expected..




Assalamualaikum..


sekali-sekala aku bosan barulah blog yang menjadi mangsa keadaan..mungkin blog ni tempat mengisi masa yang tidak tahu ingin dibuang kemana..bila dah lama barulah ada idea-idea yang timbul dan tidak tahu ingin disampaikan dimana..hari ini aku ingin mengulas tentang idea yang tiba-tiba aku terfikirkannya..tajuk kita pada hari ini ialah :

"LIFE IS NOT AS EXPECTED"

seperti yang kita sedia maklum atau tidak sedia maklum, hidup kita ini hanyalah sementara sahaja..dalam hidup ini bermacam-macam perkara yang terjadi..sejak dari kita lahir, kemudian menjadi kanak-kanak yang yang riang, remaja, dewasa dan seterusnya..tidak semua perkara yang terjadi adalah seperti yang kita sangka..kadang-kadang perkara itu menggembirakan kita..kadang-kadang perkara itu membawa duka..

semua perkara yang terjadi itu mempunyai hikmah yang tersendiri..kita seharusnya menerima apa yang telah terjadi dan akan terjadi dengan tabah dan sabar..sememangnya kita merancang yang terbaik untuk hidup kita..tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita..setiap perancangan kita sebaiknya di doakan kepada Allah agar dimakbulkan..

ya..aku mengaku bahawa lidah cukup senang berkata-kata..jika perkara yang terjadi itu membawa duka kepada kita maka bersedihlah..sesungguhnya sedih itu adalah perasaan yang diciptakan oleh Allah Maha Pencipta..air mata juga diciptakan oleh-Nya..perasaan mungkin akan datang dan pergi begitu sahaja..tapi yang menjadi pertaruhan adalah kesannya terhadap diri kita..



.senyum itu pengubat kedukaan.



sekian...

Tuesday, July 19, 2011

.don't know..

assalamualaikum..

lama sangat tidak dibuka blog ini..dalam hati terlalu banyak yang ingin ditulis..tetapi mungkin lebih elok disimpan menjadi kenangan sama ada indah atau sebaliknya..

huhhhhhhhh!! mengeluh panjang



sekian...

Saturday, April 30, 2011

.dengar dan nyanyi..

assalamualaikum..

ni ade 1 lagu yang wat aku tersentuh yang amat sangat..memang la aku kolot..baru dengar lagu ni..dan lagu ni buat aku jadi sedih hampir menitiskan air mata..
korang dengar la..aku xpandai nyanyi jadi aku maen instrumental je..mungkin boleh menenangkan jiwa korang..











sekian..

Tuesday, April 26, 2011

.picture..

mungkin pantai boleh mententeramkan..
jadi aku kepantai..

disini ada sedikit gambar untuk tatapan tuan puan..

harap-harap dapat memberi ketenangan..


.pantai dungun.




.pantai batu buruk.




.pantai nipah.




.MUHAMMAD AZFAN BIN ABDULL AZIZ.




.kasutku.






sekian..


Wednesday, March 30, 2011

.there is it..

Assalamualaikum pembuka bicara..tujuan saya menaip post ini dengan sebelah tangan bukanlah kerana main-main saja..tapi cukup bersebab..sebab apa??tanyalah sendiri kepada tuan punya badan..

disini..saya ingin menaip sesuatu yang memberi banyak tanda tanya kepada diri saya..membuat saya tertunggu-tunggu akan jawapannya..bagi sesiapa yang faham akan post ini maka pahamlah dia..hmmm..


last time..
you asked for it..

but..

deep down in my heart..

i know that you never want it..

isnt it??

only you and Allah know the answer..

i am dying to know the answer..

can you tell me??

is my heart lie to me??

or my heart tell me the truth..

why cannot you just tell me??

you said that i am not matured yet..

i know that every single things that i do..

i am a little bit childish..

but my mind already matured..

i am not complaining..

if it is a good news for me..

then i am very happy..

if it is a bad news for me..

i will take it as a motivation for me..

that is it from me..






maaf dipinta kerana bahasa inggeris aku tidaklah sekemas mana..harap penaipan ini boleh melegakan sedikit sebanyak resah di hatiku ini..




sekian

Wednesday, March 16, 2011

.doing for what??

come again..lets see....
ehem2(btulkan suara)..padahal nk menaip..haha..whatever la..berbalik kepada tajuk kita hari ini..biar aku flashback balik perkara berkaitan tajuk di atas..


A : kenapa anda masih buat begitu??

B : kerana saya tidak boleh jika tidak buat begitu..

A : can't or won't??

B : the answer is both..


mengikut perbualan diatas..mestilah korang tertanya-tanya apa benda yang si B lakukan..biar aku menyelami jiwa si B..busrrrhhh!!(bunyi air aku nak menyelam)..ok..perkara yang aku lakukan ini aku sendiri tidak tahu sama ada ianya betul atau salah..bagi diriku semestinya betul..tapi bagi si A aku tidak pasti..pernah berkali-kali aku bertanyakan sama ada betul atau tidak kepada si A..tapi jawapannya masih sama..biarlah rahsia..perrghh..lagu 'Khalifah - Mungkinkah Jadi Nyata' pulak jadi background..

kenapa aku buat begitu??sebab i can't stop doing that..and..i won't stop doing that..aku degil ke??sejak bila lak aku tak degil kan..aku dah cuba untuk tidak buat lagi..tapi tak boleh jugak..dah puas mencuba..lagi aku cuba lagi tak boleh..but nothing impossible kan??thats why aku bagitau awal-awal..i won't..sebab aku dah cuba banyak kali..tapi tak boleh jugak..konklusinya mmg aku tak nak la..dah cuba tapi tak boleh jugak..tak nak la 2 kan..






sekian..

Sunday, March 6, 2011

.miss that time..

miss what??ok...
aku rindu masa ini...


*masa aku berambut panjang*
*masa aku dipantai...ermmm..so not good in words*





sekian..

Friday, February 18, 2011

.menyedihkan @ mengembirakan..

mood untuk menaip sudahpun tiba..yeahh!!


berbalik kepada tajuk di atas..perkara-perkara yang kita lalui seperti pengalaman suka duka pahit manis mungkin bagi kita ianya menyedihkan dan ada yang mengembirakan..bagi aku ianya bergantung kepada kita yang menentukannya..sama ada kita mahu ianya menjadi kenangan indah ataupun kenangan yang sebaliknya..

kenapa aku menaip sedemikian??ianya mind set kita..jika kita mahu ianya menjadi sesuatu yang menggembirakan..recall saja memori yang indah bahagia dan mengembirakan..tidak semua perkara yang kita lalui menyedihkan atau tidak membahagiakan kita..begitu juga sebaliknya..mahu kenangan yang sedih pilu ataupun tidak mengembirakan??juz ingat kembali kenangan pedih sepi sedih kita..semestinya kita akan menganggap ia sebagai satu kenangan pedih pilu sedih..

dalam diri masing-masing semestinya mempunyai memori yang mengembirakan dan sebaliknya..begitu juga diriku..tapi aku hanya akan ingat perkara-perkara yang mengembirakan membahagiakan dan membuat aku ketawa hilai gembira tersenyum bahagia..kenangan yang ada dalam diriku hanya kenangan yang manis kerana kenangan yang pahit akan aku buang jauh-jauh..kerana itulah MUHAMMAD AZFAN sentiasa bergelak ketawa hilai gembira..

harap-harap korang juga turut gembira bersama aku..wish u all the best in your life..





sekian..

Tuesday, January 25, 2011

.panas kepala..

today = hari ini = 25 januari 2011..

kenapalah hari ini aku jadi macam cepat sangat nak marah..sikit-sikit nak marah..ore klate oyak murih..sket-sket nk murih..aku fikir-fikir la jugak kenapa asyik nak marah je..then aku dapat beberapa jawapan..

jawapan pertama..
aku ni bukan lah garang sangat pon..tapi sekarang aku memang dalam mood garang kot..ade la sebab yang tidak dapat diberitahu disini..melibatkan keluargaku..dan dipagi hari ini, classmate aku memberitahu sesuatu yang kurang enak didengar..ada perempuan maktab telah dikasari oleh 2 orang lelaki..perrghh..menderau darah aku dengar cerita ni..tapi Muhammad Azfan sentiasa cool lah konon..korek-korek cerita ni barulah aku tahu..rakan-rakan yang lain telah tahu sejak dari waktu maghrib semalam lagi..aku je yang baru tahu hari ini..lagi la berderau darah..bukanlah aku mahu rakan-rakanku wajib memberitahu hal sebegini kepadaku..tapi sekurangnya aku boleh menolong kalau tidak sedikit pon banyak yang boleh ditolong..aku ceritakan benda ini kepada sahabatku..antara dialognya yang sempat direkodkan :

ang : aku tahu awal lagi benda ni..
aku : kenapa ko tak pergi??
ang : bukan diorang bagitau aku..kalu diorang nak aku tolong aku boleh tolong..tapi diorang tak nak aku tolong la 2 sebab tak bagitau aku..mesej pon tidak..
aku : *terfikir sejenak*
ang : bf pompuan 2 kan ada..
aku : memang la...
ang : ada bf pompuan 2 bagitau ko??
aku : tak lansung..
ang : tak payah ambil tahu la..
(dialek klate yang diluarkan)

segala yang dibincangkan dengan sahabatku itu telah banyak menyedarkan aku tentang sesuatu..ada sesetengah perkara yang aku tidak perlu campur atau mungkin tidak perlu ambil tahu lansung..ini teramatlah benar..cuba korang fikir betul-betul..jika benda sebegini terjadi adakah anda lupa terhadap rakan anda??sedangkan baru sahaja jumpa tidak sampai 3 jam..bagi diriku..bukan semua perkara harus diberitahu kepada rakan..tapi benda sebegini wajib diberitahu bagi lelaki seperti aku..bukanlah hendak meminta simpati..lebih baik aku sendiri yang memberitakan kepada rakanku sebelum orang lain yang menyampaikan..prinsip hidupku cukup simple..

'respect me then i will repect u'

berbalik kepada sebab marah hari ini..iskkk..dah malas nak menaip ni..lain kali saja lah aku ceritakan sebab seterusnya..cukuplah dengan sebab diatas..

pepatah untuk hari ini :

'berkawan biar sedikit asalkan pandai berkawan'



sekian...